Tuesday 23 December 2014

Luahan Hati Dan Punca Sebenar Ilya Buang Keluar Sepahtu !!

Posted by Unknown  |  at  23:58 No comments




Ramai yang tahu kini Sepahtu menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega dengan memperkenalkan ahli baru mereka iaitu Pak Ya yang lebih dikenali sebagai Ilya Senario atau  Ilya Buang.

Ilya Buang  kini telahpun menarik diri dan tampil menjelaskan sebab utama dia keluar daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014.

Ini adalah kerana dia tidak mahu menjadi beban dan menyusahkan Jep dan Shuib kerana masalah kesihatan yang melanda dirinya.

Dalam pada itu, Ilya mengulas dakwaan kononnya mempunyai masalah dengan anggota kumpulan itu iaitu Jep.


"Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.

"Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang kesihatannya, Ilya berkata, dia baharu sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisol di Pusat Perubatan Pantai di Ipoh Perak.

"Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

"Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas," katanya.

Ilya berkata, dia kini menetap di Ipoh, Perak dan hanya datang ke Kuala Lumpur jika ada persembahan sahaja.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top