Beberapa gambar dua wanita bertudung tetapi berseluar pendek sehingga menampakkan paha, tersebar meluas di laman sosial.
Dalam ‘penampakan’
di sebuah pusat beli belah di bandar itu, dua wanita terbabit dilihat
memakai tudung berwarna kuning, namun berseluar pendek sehingga
menampakkan bahagian kaki mereka yang putih melepak.
Tidak diketahui apa motif mereka berpakaian sedemikian.
Menurut seorang
pekerja Parkson, Umiq berkata, dua wanita terbabit bukan orang tempatan.
Sebaliknya warganegara China yang datang melancong ke Malaysia. Namun
tidak diketahui apa motif mereka berpakaian seperti itu.
“Tidak
tahu apa motif mereka berpakaian seperti itu. Seorang jalan dengan
tersenyum riang, seorang lagi berjalan sambil tutup muka. Kami semua
terkejut dengan penampilan mereka berdua, termasuk para pengunjung pusat
beli belah pelbagai bangsa memerhatikan mereka berdua,” katanya.
Ada seorang lelaki
dikatakan telah menegur perbuatan dua wanita berkenaan. Namun dengan
tanpa sebarang rasa bersalah, mereka memberikan alasan mereka pelancong
China dan enggan mengendahkan teguran lelaki terbabit.
Sehingga kini,
masih tidak dapat dikenal pasti apakah benar dua wanita terbabit
pelancong China atau cuba mewujudkan provokasi dan menghina agama Islam.
Hal seperti ini perlu dipandang serius oleh pihak berwajib kerana ia
boleh menjadi satu penghinaann terhadap agama Islam.
0 comments: