Tuesday 28 October 2014

Setitis Kasih Darmia Episod 5

Posted by Unknown  |  at  20:02 No comments

Setitis Kasih Darmia Episod 5






Sinopsis Setitis Kasih Darmia

Setitis Kasih Darmia mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia dan cabarannya dalam menempuh perkahwinan bersama Khairul Amir. “Mulai hari ini, esok dan selamanya kau adalah isteri untukku bukan lagi hamba atau pembantu rumah. Kau adalah suri hatiku. Untuk selamanya. Aku janji akan bahagiakan kau.” Makin deras air mata di pipi Darmia. “Aku tak nak!” Darmia tolak kuat tubuh Khairul Amir apabila terasa pelukan itu kian longgar.

Terundur sedikit lelaki itu. Terus Darmia berlari ke kamar. Di sembam mukanya ke bantal. Menangis semahunya di situ. Khairul Amir hanya memandang. Tangisan yang menjadi irama dalam bilik sepi itu mengundang rasa sedih di hati Khairul Amir. Air matanya turut laju menuruni pipi. Sungguh dia juga sama terluka dalam cinta yang rumit ini. Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya.

Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan. Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti dan tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top