Friday 24 October 2014

Selamat Pengantin Madu Episod 12

Posted by Unknown  |  at  00:30 No comments

Selamat Pengantin Madu Episod 12








Mengisahkan Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. 

Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja. 



Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.


Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira cuba memiliki Zul sepenuhnya

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top