Tuesday 28 October 2014

Patah kaki ditimpa tembok

Posted by Unknown  |  at  20:25 No comments

Patah kaki ditimpa tembok


Kampar: Seorang lelaki patah kaki kanan dan menerima lima jahitan di kepala selepas dinding konkrit penahan tebing setinggi hampir sembilan meter di belakang rumahnya di Kampung Abdullah di sini, tumbang, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 8.20 malam itu, mangsa, Cheong Yoon Seng, 53, yang baru pulang dari bekerja sempat berlindung di bawah meja selepas terdengar runtuhan.
Dia yang terperangkap dalam rumah akibat runtuhan konkrit itu dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.
Abang mangsa, Cheong Yoon Meng, 54, berkata rumah warisan keluarganya itu sudah berusia lebih 70 tahun dan dinding konkrit berdekatan dengan rumah pusaka mereka dibina sejak dua tahun lalu bagi memperbesarkan kawasan kuil di atas bukit di belakang rumah, tidak kukuh.
“Kami sekeluarga sudah menjangka dinding penahan itu boleh runtuh kerana ia dibina tanpa berdasarkan faktor keselamatan.
“Apabila hujan tanah dan air mendap menjadikan kawasan dalam dinding itu seperti kolam yang memberi tekanan kepada dinding hingga tumbang,” katanya yang bekerja sebagai pemandu jentera penolak tanah.
Menurutnya, ada empat rumah lagi turut ditimpa dinding konkrit berkenaan namun bernasib baik kerana tidak berpenghuni.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:22 AM
Yoon Meng menunjuk keadaan rumah adiknya yang musnah ditimpa tembok konkrit.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top