Pantau aktiviti militan, ekstremis
-
Najib ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn PWTC. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi
jaminan kerajaan akan memantau secara teliti sebarang pergerakan fahaman
militan dan ekstremis di negara ini.
Menurut beliau, penahanan beberapa individu sebelum ini menunjukkan kerajaan serius bagi memastikan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kegiatan tersebut.
“Kita memantau dengan begitu teliti apa juga fahaman militan dan ekstremis di dalam negara kita. Termasuk mereka yang mengambil bahagian di Syria dan Iraq di bawah apa juga label seperti kumpulan militan negara Islam (IS).
“Sebagaimana yang kita ketahui, tindakan penahanan telah pun diambil. Bermakna kita amat serius dalam hal ini dan kita tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan secara berterusan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli Majlis Tertinggi Umno, di sini, semalam.
Beliau bagaimanapun berkata, pemantauan berterusan bukan bermaksud negara ini terdedah dengan sebarang risiko aktiviti pengganas.
“Dengan pemantauan rapi ini, kita mesti berhati-hati. Ini bukan bererti risiko terhadap sesuatu kejadian terorisme di negara ini adalah tinggi.
“Tetapi kita mesti berwaspada dan memantau secara berterusan seperti yang dilakukan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya.
Najib dalam lawatannya ke New York mengisytiharkan pendirian Malaysia yang menolak fahaman IS yang disifatkan bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan.
Beliau menegaskan kumpulan itu yang menggelar diri mereka sebagai pejuang jihad tidak mewakili Islam sebenar.
“Mereka tidak sepatutnya merujuk diri mereka sebagai negara kerana mereka bukan sebuah negara atau negeri. Malaysia sebuah negara Islam yang sederhana dan progresif dan menolak fahaman pelampau,” katanya.

0 comments: