Nik Abduh: Perlu hormati rakan PR
ISU Pas dibuli yang ditimbulkan Ahli Parlimen Pas, Nik Mohamad Abduh
Nik Abdul Aziz benar-benar mencetuskan kegemparan dalam PR. Beliau bukan
sahaja jadi sasaran kritikan rakan-rakan PKR dan DAP malahan dalam Pas
sendiri. Beberapa minggu lalu, khabarnya sudah naik kain rentang di
Pasir Mas yang mendesak Nik Abduh tinggalkan Pas dan sertai Umno.
Ini kerana ada kenyataannya yang dikatakan bukan sahaja untungkan Umno. Ironinya, Nik Abduh adalah anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sejak lahir, beliau sudah terdidik dengan perjuangan parti itu.
Apa yang meresahkan mereka yang menentangnya, pandangan Nik Abduh kadang kala dianggap pandangan ayahnya. Benarkah begitu? Kepada Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat
Yakim tokoh muda ini menjawab persoalan itu ketika diwawancara di lobi bangunan Parlimen kelmarin.

Dalam Facebook baru-baru ini. YB melontarkan pandangan bahawa
Pas dibuli dalam hubungan dengan PKR dan DAP. Boleh YB huraikan lebih
mendalam apa yang YB maksudkan dengan buli?
Saya secara asasnya mahu buka satu sudut yang jarang dibuka oleh
kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat iaitu bagaimana kita harus membina
hubungan dalam PR sehingga benar-benar berjaya untuk mengambil alih
Putrajaya dalam pilihan raya akan datang ataupun bila-bila masa.
Kita boleh berubah iaitu dibina daripada parti-parti dalam PR dengan hubungan yang dibina atas sikap yang benar. Sebab itu, saya timbulkan bahawa kita perlu ada sikap saling hormat-menghormati. Jangan kita bersikap membina persepsi untuk menganggap kawan kita ini benar atau tidak benar. Itulah asas yang saya cuba perbetulkan.

Pandangan YB ini adakah kerana apa yang berlaku kebelakangan
ini khususnya dalam isu MB Selangor ataupun sesuatu yang sudah dipendam
lama. Maksud saya, dari sudut pandang YB sendiri mengenai hubungan yang
dibina atas nama tahaluf siyasi sejak awal ataupun hanya baru-baru ini.
Saya sebut dibuli, ini adalah satu isu baru dalam tulisan saya. Cuma
mungkin orang ‘spin’. Yang saya sebut pasal buli ialah cerita Pas dengan
Umno. Pas sejak dulu lagi dibuli oleh Umno. Sampai sekarang, isu
Kelantan misalnya yang kita sentiasa bangkitkan tapi kita sentiasa
ditekan dan dizalimi parti pemerintah.Cuma apabila timbul isu Selangor, maka saya sebut isu kebelakangan ini. Saya tengok rakan-rakan sendiri sudah mula tujukan kesalahan ini kepada Pas yang pada asasnya tidak benar. Saya sebut dengan jelas, DAP dan kawan-kawan dalam PR jangan jadi macam Umno.
Ertinya isu buli ini bukan isu lama, isu baru. Maknanya, hubungan (Pas dengan PKR dan DAP) sebelum ini dalam PR adalah baik. Dan isu Selangor ini, kita sudah memerintah selama sepenggal dan nak masuk penggal yang kedua adalah baik.
Maknanya, Pas telah menyatakan untuk menyokong kerajaan PKR bersama DAP, sehinggalah isu Langkah Kajang berlaku. Langkah Kajang inilah yang merosakkan hubungan kita. Dan, kita (Pas) berpendirian bahawa kita ini benar.
Pas sudah betul membuat pendirian. Tapi kerana isu ini dipanjangkan, dibina satu persepsi bahawa Pas telah melakukan kesalahan, melanggar setiakawan dalam PR. Walhal yang saya nak sebut ialah, konsensus asal konvensyen PR ialah apabila tiga parti bersetuju, baru kita boleh ‘move’.
Tapi, apabila salah satu parti tak setuju, sebarang projek yang hendak dilakukan tak boleh dibuat kecualilah atas kehendaknya sendiri. Tak bolehlah kita minta kawan kita yang tak setuju ini masuk sama.
About the Author
0 comments: