Wednesday 22 October 2014

Mazlee: Al-Qaeda turut label IS kumpulan pelampau

Posted by Unknown  |  at  17:25 No comments

Mazlee: Al-Qaeda turut label IS kumpulan pelampau
  • Dr Maszlee Malik
    Dr Maszlee Malik
1 / 1
SHAH ALAM - Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik menegaskan, masalah utama masyarakat Islam di Malaysia terutama dalam memperjuangkan semangat jihad mereka di negara luar tidak berlandaskan kepada pandangan ulama muktabar.

Dr Maszlee menjelaskan, jihad di Timur Tengah adalah melibatkan nyawa, jadi tidak sepatutnya masyarakat kita mengabaikan pandangan ulama dari negara terbabit sekiranya ingin berjihad.

"Jihad berkait dengan nyawa, jihad bukan benda main-main. Keizinan daripada pemerintah itu penting. Mereka (pemerintah) akan pilih yang terlatih, semangat jihad itu ada apabila kita buat apa yang termampu.

"Masalah orang kita adalah tidak rujuk autoriti tidak hormat, ulama misalnya di Iraq, Syria telah keluarkan fatwa bahawa IS adalah salah, jadi janganlah ikut," katanya pada Wacana Sinar Harian ke-32 yang bertajuk 'Kumpulan Islamic State (IS): Jihadis atau Militan?' di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

Ancaman kumpulan IS yang lebih cenderung kepada pemberontakan dan keganasan kini giat digerakkan di Iraq dan Syira dengan berselindung di sebalik kalimah jihad dan Islam.

Sementara itu ketika mengulas mengenai kumpulan IS, Maszlee berkata, kumpulan al-Qaeda turut melabelkan kumpulan ini sebagai kumpulan yang ganas dan melampau.

Ironinya, seperti yang diketahui al-Qaeda sering dilabelkan sebagai sebuah  kumpulan pengganas namun kumpulan tersebut mengatakan IS adalah sebuah kumpulan pengganas adalah sangat mengejutkan.

"Lebih menarik lagi golongan al-Qaeda turut mengeluarkan fatwa bahawa IS adalah kumpulan yang ganas.

"Ini bukan saya dengar dari media antarabangsa tetapi dari ulama di sana sendiri.

"Apa yang  kita dengar ulama yang datang dari sana...tiada seorang pun yang bersetuju dengan IS," katanya.

Al-Qaeda adalah sebuah pertubuhan  tentera yang diasaskan oleh Osama Laden.

Pertubuhan ini menjadi masyhur selepas serangan 11 September 2001 terhadap bangunan Pentagon di Amerika Syarikat (AS) yang dikaitkan dengan kumpulan ini.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top