Warga emas ditemui mati tertiarap
GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui berlumuran darah
dalam keadaan tertiarap di Lebuh Carnavon di sini pagi tadi.
Mayat A Rajar, 60, ditemui oleh orang awam kira-kira jam 9 pagi berhampiran kedai menjual arak dan dipercayai mati akibat minum arak berlebihan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, sejurus menerima maklumat kejadian itu, sepasukan polis bergegas ke sana untuk membuat pemeriksaan.
Menurutnya, mayatnya ditemui tertirap dengan kesan luka di bahagian muka dipercayai akibat tersembam.
"Berdasarkan maklumat yang diterima dari rakannya memaklumkan si mati dilihat mengambil minuman keras pada malam semalam.
"Dia dipercayai tidak dapat mengawal diri sebelum terjatuh dan disahkan meninggal di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mior Farid berkata, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.
Mayatnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

0 comments: