Muktamar Pas ke-60 kekal di Batu Pahat
SHAH ALAM - Pas Johor mengesahkan lokasi Muktamar Pas kali ke-60 yang
dijadualkan berlangsung 18 hingga 20 September ini kekal di Batu Pahat,
Johor.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media oleh Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan.
"Pas Johor memutuskan bahawa atas sebab-sebab tertentu, Muktamar Tahunan Pas kali ke-60 yang sepatutnya diadakan di Johor Bahru pada 18 hingga 20 September ini akan berpindah ke Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
"Manakala muktamar-muktamar lain pada 17 September iaitu Muktamar Ulama di IOI Resort, Kulaijaya; Muktamar Pemuda Pas di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi dan Muktamar Muslimat Pas di Pulai Springs Resort, Johor Bahru," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, permohonan Pas untuk menganjurkan muktamar parti itu di Sutera Mall Skudai dibatalkan pihak pengurusan lokasi tersebut pada saat-saat akhir.
Namun kemudian difahamkan pihak Sutera Mall mahu berbincang semula mengenai perkara itu.
Dalam kenyataan kelmarin, Penolong Setiausaha 2 Pas Pusat, Khairul Faizi Ahmad memberitahu pihaknya akur dengan keputusan pihak pengurusan Sutera Mall bersabit pembatalan itu.
"Kita terima surat daripada tuan tanah dan mereka juga telah memulangkan cek deposit sewaan itu berjumlah RM75,000 kepada kami.
"Walaupun polis telah memberikan permit kebenaran dan perjanjian dengan tuan tanah sudah dibuat, namun akibat tekanan lebih seminggu lalu Sutera Mall terpaksa membatalkan perjanjian itu," katanya.

0 comments: