Sunday 21 September 2014

Liga Lawak Superstar 2014 Minggu 2

Posted by Unknown  |  at  20:15 No comments

Liga Lawak Superstar 2014 Minggu 1







Musim kedua Liga Lawak Superstar kini semakin gamat ditambahkan pula dengan kemunculan artis sensasi dan ahli-ahli komedi dari Bintang Mencari Bintang TV3. Format kali ini lebih menarik kerana setiap kumpulan akan melibatkan seorang artis, seorang ahli komedi dan seorang bakat baharu hasil dari uji bakat yang diadakan di Sri Pentas baru-baru ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, sejauh manakah barisan artis yang terpilih ini mampu beraksi secara berseloroh bersama ahli-ahli komedi yang sememangnya mempunyai sikap jenaka dan lucu?

Liga Lawak Superstar kali ini bakal memberi peluang kepada artis-artis yang berlakon dalam drama dan program yang disiarkan di TV3. Lapan artis yang terlibat adalah Zoey Rahman, Nazruddin Habibur Rahman, Zulin Aziz, Erry Putra, One Sofazr, Aepul Drama Band, Talha Harith dan Leez Rosli. Manakala bagi ahli-ahli komedi pula, kelapan-lapan yang dipilih adalah terdiri daripada peserta Bintang Mencari Bintang musim 1 dan 2 seperti Shah ‘Tapaw’, Isey ‘Titan’, Ammar ‘Titan’, Chiwan ‘MMMMM’, Achok ‘MMMMM’, Izu ‘Kepoh’, Pian ‘Kepoh’ dan Zack ‘OOOOO’.

Bagaimana pula dengan barisan pelakon yang sering dilihat membawakan watak serius seperti Zoey Rahman, Talha Harith, Aepul dan Leez? Mampukah mereka menunjukkan sisi lucu mereka dan menawan hati para penonton? Tentunya mereka boleh, kalau tidak pasti mereka tidak terpilih! Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan jenaka seloroh mereka dalam Liga Lawak Superstar pada setiap Ahad, jam 9.00 malam, bermula pada 7 September 2014 ini.





Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top