Pemecatan Exco dapat perkenan Sultan
-
Abdul Khalid menunjuk surat perkenan daripada Sultan Selangor berhubung pemecatan Exco pada sidang media.
SHAH ALAM - Penyingkiran lima Exco Selangor adalah sah kerana mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkenan Sultan itu diperoleh melalui kiriman surat, kelmarin, dan dibalas Sultan Selangor dua jam berikutnya selepas pengumuman pemecatan tersebut.
Abdul Khalid menafikan dakwaan bekas Exco PKR dan DAP yang mendakwa pemecatan tersebut tidak sah kerana menteri besar tidak meninggalkan pejabat untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor kelmarin.
“Semalam, saya tulis surat kepada Sultan kira-kira jam 2 petang selepas menerima kenyataan daripada kumpulan Exco PKR dan DAP yang menyatakan tidak menyokong Menteri Besar Selangor dan hanya menganggap saya sebagai menteri besar sementara dan sebarang keputusan hanya diputuskan melalui undian.
“Sebab itu, saya tulis surat kepada Sultan dan baginda membalasnya juga secara bertulis untuk perkenan saya tamatkan perkhidmatan Exco yang tidak mahu bekerjasama,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam.
Pada sidang media sama, Abdul Khalid menunjukkan surat yang dibalas Sultan Selangor dan membacakan kepada media yang menjelaskan bahawa baginda tiada halangan sekiranya Abdul Khalid menamatkan perkhidmatan lima Exco dari PKR dan DAP.
Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, status Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail masih sah dan tidak disingkirkan seperti Exco PKR yang lain.
“Berkenaan Rodziah, saya tunggu dia kembali dan kemudian akan buat keputusan. Jika beliau setuju bekerjasama dengan Exco yang ada dan saya maka khidmat beliau akan diteruskan.
“Rodziah juga ada datang menemui saya sebelum berlepas ke luar negara dan pada ketika itu masih menyokong kepimpinan ini,” katanya.
Abdul Khalid menegaskan setakat ini, lantikan Exco baharu tidak akan dibuat dan beliau akan meneruskan kerja dengan tenaga kerja sedia ada.
“Kita memastikan kemantapan kerja-kerja negeri supaya pembangunan negeri dapat ditumpukan dan kebajikan rakyat diutamakan.
“Saya cadangkan semua Exco yang dipecat itu untuk perjelas tatacara kerja negeri. Malah, saya tidak menghalang mereka hadir mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor bukan sebagai Exco.
Kita akan adakan perbincangan secara telus dan bertanggungjawab untuk cari keputusan," katanya.
Abdul Khalid juga memaklumkan pihaknya memberikan masa secukupnya kepada Exco dipecat untuk mengosongkan pejabat mereka dan bukannya serta-merta.

0 comments: