Tuesday 22 July 2014

MH17: Malaysia miliki kekuatan diplomasi

Posted by Unknown  |  at  08:08 No comments

MH17: Malaysia miliki kekuatan diplomasi
  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang media mengenai perkembangan nahas pesawat MH17 di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri). - Foto Bernama
    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang media mengenai perkembangan nahas pesawat MH17 di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri). - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan kekuatan Malaysia dari aspek diplomasi apabila puak pemisah Ukraine bersetuju memenuhi tuntutan Malaysia berhubung insiden pesawat MH17 yang terhempas di negara itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi kekuatan diplomasi, kumpulan pemisah Ukraine bersetuju menyerahkan mayat penumpang dan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 secara langsung kepada Malaysia.

"Saya agak kagum dengan keberanian Perdana Menteri untuk tidak terikut-ikut dengan landskap geopolitik di kawasan terbabit dan kita hanya fokus terhadap objektif kita sahaja iaitu untuk membawa pulang mayat penumpang negara kita, memiliki kotak hitam pesawat itu dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Jadi apabila Perdana Menteri mengumumkan semalam bahawa puak pemisah terbabit telah bersetuju maka ini menunjukkan bahawa ia satu kejayaan yang memerlukan kepimpinan yang bijaksana," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan hari raya Aidilfitri untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini hari ini yang turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam sidang media tengah malam tadi, Najib berkata, kerajaan telah mencapai persetujuan dengan Alexander Borodai yang bersetuju untuk memindahkan 282 mayat ke Kharkiv sebelum diserahkan kepada para wakil dari Belanda untuk siasatan forensik.

Borodai juga bersedia menyerahkan kotak hitam pesawat MH17 kepada pasukan Malaysia di Donetsk, selain memberi jaminan keselamatan kepada para penyiasat bebas antarabangsa yang akan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.

Hishammuddin berkata, kebijaksanaan Najib itu bukan hanya menguntungkan negara ini, tetapi negara lain yang berkepentingan seperti Belanda, Ukraine dan negara lain yang mempunyai penumpang dalam pesawat itu.

Katanya, persetujuan yang ditunjukkan oleh kumpulan pemisah itu yang tiada hubung kait dengan negara ini membuktikan Malaysia dihormati pelbagai pihak di seluruh dunia.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata mayat penumpang MH17 dari Malaysia akan dibawa pulang ke tanah air menggunakan pesawat MAS.

Katanya, ATM sebelum ini telah bersiap sedia dengan asetnya iaitu dua buah pesawat C130 untuk membawa pulang semua mayat tersebut, namun keadaan berubah apabila mayat itu dibawa ke Belanda terlebih dahulu untuk siasatan forensik.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis. Seramai 43 orang dalam pesawat itu adalah rakyat Malaysia.

Pesawat Boeing 777 itu dipercayai telah ditembak jatuh. - Bernama

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top