Monday 16 June 2014

Syabas perketat pemantauan, ujian kualiti air

Posted by Unknown  |  at  12:00 No comments

Syabas perketat pemantauan, ujian kualiti air
  • Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
    Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
1 / 1
KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd(Syabas) memperketat pemantauan dan ujian terhadap kualiti air terawat yang dibekal loji rawatan air melebihi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred, dalam satu kenyataan, menyebut hal ini berikutan terdapat air lombong disalur ke Sungai Selangor yang membekalkan air mentah kepada tiga Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3.

Sehubungan itu, Syabas memperluas jenis ujian parameter dalam kandungan air terawat melebihi ketetapan yang ditentukan kementerian manakala kekerapan ujian juga dipertingkat kepada sekali dalam tempoh tiga hari.

Kawalan kualiti air terawat yang dibekal kepada pengguna dilakukan dalam tiga peringkat iaitu kawalan kualiti air mentah sebelum dirawat, kawalan kualiti air terawat selepas proses rawatan dan kawalan kualiti air terawat dalam sistem agihan kepada pengguna.

Pemantauan dan ujian kualiti air dilakukan di 700 rangkaian sistem agihan dan premis pengguna.

Dalam pada itu, Syabas memberi jaminan kualiti bekalan air terawat yang diagih kepada pengguna masih kekal selamat dan mematuhi piawaian ditetapkan. - Bernama

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top