Seri Paduka hadir Jamuan Teh Diraja
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah berkenan memotong kek pada Majlis Jamuan Teh Diraja sempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka sambil diperhatikan Najib dan Muhyiddin di Istana Negara, semalam.
Antara tetamu yang hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
3,000 hadir majlis Majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 jemputan
termasuk menteri Kabinet serta isteri masingmasing dan kenamaan dari
dalam dan luar negara turut diserikan dengan acara memotong kek oleh
Seri Paduka. Tuanku Abdul Halim dan
Tuanku Hajah Haminah kemudian berkenan bersalaman dengan dif jemputan serta hadirin yang turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan diiringi orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. BERNAMA
Tuanku Hajah Haminah kemudian berkenan bersalaman dengan dif jemputan serta hadirin yang turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan diiringi orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. BERNAMA
About the Author
0 comments: