Pertumbuhan KDNK negara dijangka kukuh
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan
keyakinan beliau bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan
berkembang kukuh.
Beliau menyatakan keyakinan itu menerusi akaun twitternya hari ini.
"Insya-ALLAH, KDNK Malaysia dijangka berkembang kukuh," katanya dan menambah pemulihan Amerika Syarikat dan Eropah membantu eksport Malaysia tumbuh 18.9 peratus.
Dalam tulisannya, Perdana Menteri merujuk laporan Bernama semalam bertajuk Unjuran Ekonomi Malaysia bagi 2014 Kekal Kukuh, kata Bank Dunia.
Bernama dalam laporannya semalam memetik ahli ekonomi kanan Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Frederico Gil Sander, berkata unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2014 kekal kukuh, disokong oleh permintaan luar yang tinggi.
Sander berkata peningkatan eksport sejak akhir 2013, berterusan ke suku pertama tahun ini, susulan perkembangan positif dalam ekonomi maju.
"Banyak (eksport) Malaysia datang dari ekonomi maju.
Hakikat prestasi ekonomi ini masih baik selain perkembangan positif di Amerika Syarikat dan Eropah sejak dua bulan lepas, membantu sektor luaran dan memacu pertumbuhan untuk tahun ini," katanya.
Sander berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Invest Malaysia 2014 semalam.
Pada April 2014, eksport pulih dengan kukuh sebanyak 18.9 peratus, yang mencadangkan pertumbuhan KDNK yang kukuh pada masa hadapan.
KDNK Malaysia meningkat 6.2 peratus pada suku pertama 2014 berbanding suku yang sama pada tahun lepas. Akhir tahun ini KDNK dijangka mencatat antara 4.5 dan 5 peratus. - Bernama

0 comments: