Monday 16 June 2014

Pelabur keluar jika krisis air tidak selesai

Posted by Unknown  |  at  07:44 No comments

Pelabur keluar jika krisis air tidak selesai
  • Datuk Seri Mustapa Mohamed.
    Datuk Seri Mustapa Mohamed.

KUALA LUMPUR - Ramai pelabur dijangka keluar dari Lembah Klang sekiranya masalah air di kawasan itu tidak diselesaikan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan sendiri oleh peserta industri kerana masalah air menjadi beban kepada mereka.

Oleh itu, katanya hubungan harmoni dan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sangat penting dalam menjaga kepentingan pembangunan ekonomi negara.

"Saya bersama Yang Berhormat Tanjung Karang (Datuk Seri Noh Omar) mengadakan dialog dengan pengusaha-pengusaha di Shah Alam, Selangor dan isu air telah dibangkitkan.

Mereka amat bimbang dengan hal air ini, dan memberitahu sekiranya isu air tidak diselesaikan, mereka akan mengkaji semula kedudukan mereka," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 di Dewan Rakyat di sini.

Menjawab kepada tuduhan Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Mustapa berkata janji Kerajaan Barisan Nasional menurunkan harga kereta daripada 20 hingga 30 peratus adalah bagi tempoh lima tahun mulai 2013.

"Bukannya tiada syarikat kereta yang menurunkan harga kereta. Contohnyaharga Proton Saga 1.3 telah diturunkan sebanyak 12 peratus. Jadi, tuduhan Yang Berhormat Pandan terhadap kerajaan tidak berasas," katanya.

Terdahulu, Mustapa berkata Akta Penggalakan Pelaburan 1986 (Akta 327) perlu dipinda bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan daya tahan negara serta mewujudkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang lebih dinamik.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. - Bernama

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top