Monday, 9 June 2014

Naik bas cari mak

Posted by Unknown  |  at  17:02 No comments

Naik bas cari mak

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mencetuskan gempar apabila bertindak menaiki bas secara berseorangan di pusat beli belah Kota Raya, Kuala Lumpur untuk mencari ibunya selepas dilaporkan hilang ketika keluar bersama.
Difahamkan kanak-kanak tersebut keluar bersama ibunya untuk ke pusat beli belah berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi sebelum mereka terpisah.



Tindakan kanak-kanak tersebut menaiki bas bersendirian mengundang rasa pelik seorang wanita yang kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Tun HS Lee bagi tujuan keselamatan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan mengenai kejadian dan berkata kanak-kanak itu telah dijumpai oleh ibunya.
FotoFOTO ihsan pembaca.

Beliau berkata, ibu mangsa telah tampil ke balai polis dua jam selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang dan memberitahu kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan sihat.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top