Thursday 12 June 2014

Kes tuntut anak: PM syor guna Mahkamah Persekutuan

Posted by Unknown  |  at  07:23 No comments

Kes tuntut anak: PM syor guna Mahkamah Persekutuan
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta keluarga yang terlibat dalam tuntutan penjagaan anak supaya menggunakan Mahkamah Persekutuan bagi mencari jalan penyelesaian kes mereka.

Perdana Menteri berkata kerajaan percaya pihak mahkamah akan menimbang untuk memberi keutamaan kepada perbicaraan kes tersebut.

"Peguam Negara akan berbincang dengan keluarga yang terbabit bagi tujuan ini dan saya harap semua pihak akan menghormati keputusan yamg dibuat mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bulan lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan N Viran atau nama Islamnya Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberi hak penjagaan dua anaknya kepada ibu mereka S Deepa yang beragama Hindu.

Di Ipoh pula, guru tadika M Indira Ghandhi mendapat perintah Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini untuk mendakwa bekas suaminya Muhammad Ridzuan Abdullah atau nama sebelum Islam, K Patmanathan, kerana menghina mahkamah setelah gagal menyerahkan anak bongsu mereka, Prasana Diksa (Ummu Habibah), 6, kepada plaintif yang memenangi kes hak penjagaan anak, selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mac 2010.

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga anak mereka iaitu Abu Bakar (Karan Dinish), Ummu Salamah (Tevi Darsiny) dan Prasana kepada Mohd Ridzuan. - Bernama

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top