Guna alatan elektronik canggih banteras jenayah

Zaman yang semakin canggih menuntut penggunaan alatan elektronik yang sepadan dalam menjalankan tugas. Tidak terkecuali bagi anggota polis.
Laporan di internet menyatakan pasukan polis Belanda dan polis Dubai
antara pasukan polis yang akan mempunyai alatan teknologi canggih untuk
memudahkan tugas mereka.
Laman web Android Planet menyatakan pasukan polis Belanda membuat tempahan 35 ribu telefon pintar Samsung Galaxy S5 bagi menggantikan telefon pintar BlackBerry yang digunakan sebelum ini.
Ini kerana telefon S5 mempunyai pengesan cap jari dan ia akan memudahkan anggota polis menjalankan tugas dan mengesan jika individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah.
Pasukan polis Dubai pula menyediakan Google Glass untuk anggotanya ketika melakukan tugas. Pasukan polis Dubai sebelum ini memang dilengkapi dengan peralatan mewah, bukan hanya menggunakan Google Glass, mereka juga dilengkapi dengan kenderaan Lamborghini.

0 comments: