F1: Ricciardo tamatkan penguasaan Mercedes
PEMANDU Red Bull, Daniel Ricciardo
menjulang trofi selepas memenangi GP Formula Satu Kanada di litar Gilles
Villeneuve, Montreal awal pagi tadi. - Foto AFPPemandu berusia 24 tahun dari Australia itu menggunakan peluang sepenuhnya berikutan masalah enjin dan elektrikal yang dialami kedua-dua pemandu Mercedes, Nico Rosberg dan rakannya, Lewis Hamilton pada peringkat terakhir untuk muncul juara.
“Saya masih terkejut," kata Ricciardo. “Terima kasih kepada semua. Ia amat mengagumkan. Terdapat banyak bendera Australia, ia amat hebat.
“Perlumbaan memihak kepada saya pada pusingan terakhir 15 hingga 20. Hamilton mempunyai masalah dan Rosberg memperlahankan kenderaannya terus. Saya agak sukar untuk melepasi (Sergio) Perez, namun saya dapat memotongnya, seterusnya berada di depan Nico selepas itu," katanya.
Akibat kehilangan kuasa pada kenderaan, Hamilton diarahkan berhenti namun Rosberg meneruskan perlumbaan untuk menduduki tangga kedua, manakala rakan Ricciardo, Sebastian Vettel di tempat ketiga. - AFP
About the Author
0 comments: