Cerita Cinta Kita Episod 1
Drama bersiri yang berlatar-belakangkan tahun
80-an ini menyingkap sebuah cinta agung antara Adam (Aeril Zafrel) dan Salmah
(Wawa Zainal). Semarak cinta mereka bermula ketika Adam berumur 24 tahun
manakala Salmah berusia 19 tahun sehingga ke usia tua walaupun mereka berdua
terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk bersatu.
Keluarga Salmah membantah hubungan cinta mereka kerana perbezaan darjat. Ketika itu, Salmah sedang menuntut di sebuah Maktab Perguruan. Dalam usaha untuk memisahkan Adam dan Salmah, keluarga Salmah telah membawa Salmah pulang dari Teluk Intan, Perak ke Kuala Lumpur. Adam dan Salmah telah menulis surat untuk terus berhubung tetapi sayangnya surat-surat tersebut telah ditahan dan disimpan oleh ibu Salmah, Melati.
Lima tahun berlalu tanpa khabar berita tetapi Adam tetap merindui dan mencintai Salmah. Salmah pula menganggap Adam telah melupakannya. Dia yang kini bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital telah dijodohkan dengan Dr. Khairudin (Dazrin Kamarudin). Ibu Salmah, Melati gembira dan lega selepas Salmah berkahwin dengan Dr. Khairuddin kerana ia bukan sahaja memberi jaminan masa depan kepada Salmah tetapi juga membantu menyelesaikan kemelut kewangan keluarga mereka selepas ayah Salmah meninggal dunia.
Adam telah bekerja keras demi membeli rumah pusaka yang diidami oleh Salmah. Selepas itu, Adam berusaha mencari Salmah di Kuala Lumpur namun dia sungguh kecewa apabila mengetahui hakikat bahawa Salmah telah berkahwin. Salmah pula menjumpai surat-surat Adam yang disimpan oleh ibunya dan akhirnya faham kenapa dia tidak menerima khabar berita daripada Adam selama ini.
Adam membuat keputusan untuk menjual rumah pusaka tersebut. Dia tidak menyangka bakal pembeli rumah itu ialah Dr. Khairudin dan Salmah. Salmah telah memberitahu Adam apa yang telah dilakukan oleh ibunya terhadap mereka. Pertemuan Adam dan Salmah semula telah memberikan harapan kepada Adam. Mereka kembali berhubung tetapi menjaga batas pergaulan.
Sinopsis Drama:

0 comments: