Monday, 9 June 2014

Cemburu hubungan isteri, majikan

Posted by Unknown  |  at  17:37 No comments

Cemburu hubungan isteri, majikan

Kuching: Cemburu terhadap hubungan isteri dan majikan dipercayai motif utama pembunuhan seorang lelaki di rumah tidak bernombor di Jalan Batu Kawa-Matang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada sikap cemburu suspek yang menyangkakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam kes dan kronologi kejadian.

“Polis masih menyiasat bagaimana isteri suspek boleh berada di lokasi kejadian dan parah di kepala pada hari kejadian.

Polis juga masih mencari senjata digunakan suspek ketika menyerang mangsa.
“Keterangan wanita itu belum diambil sepenuhnya kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Selain itu, keterangan saksi di lokasi kejadian turut diambil bagi membantu siasatan,” katanya.
Pauzi berkata, suspek berusia 40-an ditahan di Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelmarin selepas dia menghantar isterinya untuk mendapatkan rawatan.

“Suspek direman tujuh hari sehingga 15 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam kejadian itu, mayat seorang lelaki dikenali sebagai Lee Mui Chai, 57, ditemui dalam keadaan tertangkup di ruang tamu sebuah rumah di Jalan Batu Kawa-Matang, di sini, jam 2.30 petang.

Turut ditemui wanita berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah berhampiran lokasi kejadian yang kemudiannya dihantar ke hospital oleh suaminya yang tinggal 100 meter dari lokasi kejadian.

Terdahulu, polis menerima laporan kemalangan di lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati tiada kemalangan, tetapi menemui tompokan darah membawa kepada penemuan mayat mangsa.
Sejurus selepas kejadian, seorang lelaki yang juga suami kepada wanita berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top