Monday, 9 June 2014

Buffon, Pirlo masih laparkan kejayaan

Posted by Unknown  |  at  12:40 No comments

Buffon, Pirlo masih laparkan kejayaan

Buffon, Pirlo masih laparkan kejayaan
Buffon berlatih bersama skuad Itali di Mangaratiba, semalam.
 
Milan Jika digabungkan usia Gianluigi Buffon dan Andrea Pirlo (gambar), jumlahnya adalah 71 tahun. Namun kedua-dua tonggak veteran Itali berkenaan masih laparkan kejayaan, sama seperti pemain muda negara itu untuk menjuarai Piala Dunia 2014.

Buffon yang membantu Itali muncul juara Piala Dunia 2006, kini berusia 36 tahun, namun penjaga gol Juventus itu dengan pantas menolak dakwaan tahap keinginannya untuk memenangi piala sudah berkurangan.
 
 “Saya masih laparkan kejuaraan,” katanya menjelang saingan Piala Dunia kali ini yang menyaksikan Itali diletakkan dalam Kumpulan D bersama England, Costa Rica dan Uruguay untuk berdepan kemungkinan bertemu Sepanyol atau Brazil jika layak ke pusingan kalah mati.

Itali sudah empat kali menjulang trofi Piala Dunia dan hanya memerlukan satu lagi kejuaraan untuk menyamai kehebatan Brazil sebagai pemenang terbanyak kejohanan empat tahun sekali itu.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top