Monday 16 June 2014

Bible: Gerakan gesa MB Selangor guna kuasa

Posted by Unknown  |  at  10:00 No comments

Bible: Gerakan gesa MB Selangor guna kuasa
  • Gerakan
    Gerakan

SHAH ALAM - Gerakan hari ini menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan kuasanya mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memulangkan 300 naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban yang dirampasnya daripada Bible Society of Malaysia (BSM) Januari lepas kepada persatuan itu.

Presidennya Datuk Mah Siew Keong berkata, langkah itu perlu diambil kerana Jabatan Peguam Negara telah memutuskan bahawa Bible berbahasa Melayu dan Iban tidak mengancam keselamatan.

"Sudah sampai masanya Khalid perlu menggunakan kuasanya berhubung isu ini dan memastikan Mais memulangkan Bible yang dirampas itu kepada BSM berserta jaminan bahawa kejadian serupa tidak akan berulang.

"Beliau mendapat sokongan dua pertiga daripada Dewan Undangan Negeri Selangor dan Jabatan Peguam Negara telah mengetepikan halangan perundangan untuknya daripada mengambil tindakan yang diperlukan, kini tibalah masanya bagi beliau menunjukkan kesungguhan politiknya untuk memperbetulkan keadaan," katanya dalam kenyataan di sini.

Mah berkata Gerakan akan terus memantau isu itu kerana ia komited terhadap menjaga hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rabu lepas, Abdul Gani mengumumkan bahawa pendakwaan tidak akan dilakukan berhubung rampasan Bible itu dan kes berkenaan ditutup.

Katanya Jabatan Peguam Negara telah meneliti fakta dan bukti yang terkandung di dalam kertas siasatan berhubung rampasan itu dan memutuskan bahawa ia bukan tulisan yang diterbitkan mengikut Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Berikutan itu, Abdul Khalid mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulangkan Bible berkenaan kepada BSM.

Bagaimanapun, pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Mais tidak bersetuju dengan arahan Kerajaan negeri Selangor itu dengan alasan ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Pada 2 Januari, Jais menyerbu pejabat PBM di Damansara Kim, Petaling Jaya danmerampas 300 Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban sebagai langkah menyekat penggunaan kalimah, "ALLAH" di dalam Bible yang didakwanya bercanggah dengan enakmen itu. - Bernama

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top