Separuh Jiwaku episod 8
Drama bersiri Separuh Jiwaku ini dilakonkan oleh Elfira
Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid dan Liza Abdullah.
Sinopsis drama, mengisahkan tentang seorang gadis bernama Hanna Dalila
lakonan Elfira Loy yang mengusahakan sebuah kedai dobi sebagai sumber
pendapatannya. Dia merupakan anak yatim piatu dan dipelihara oleh emak
saudaranya semenjak kecil. Sementara itu, Emir Izlan (Aedy Ashraf) yang
merupakan seorang pemuda kampung bekerja sebagai pemandu kepada Datuk
Darwish dan Datin Sofinah.
Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin
Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka tidak diketahui
oleh Datuk Darwish. Emir menyewa bilik di atas kedai dobi Hanna dan
apabila terlihatkan Hanna pertama kali, dia sudah mula sukakan Hanna dan
berkawan rapat dengan Hanna. Bagaimanapu, Datuk Darwish yang merupakan
pelanggan tetap kedai dobi turut meluahkan hasrat untul berkahwin dengan
Hanna. Emir juga terkejut kerana Hanna juga menunjukkan respon positif
dan mahu berkahwin dengan lelaki itu. Semenjak itu Emir mula menyimpan
dendam terhadap Datuk Darwish kerana merampas wanita yang dicintainya.
Ikuti perjalanan kisah penuh konflik Separuh Jiwaku ini yang keudara
setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam di TV9.
0 comments: