Muhyiddin yakin ada jalan terbaik
KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta rakyat
Terengganu bertenang dan bersabar dalam menghadapi kemelut politik di
negeri itu.
"Insya-ALLAH kita akan dapat jalan yang terbaik untuk selesaikan kemelut ini," kata timbalan perdana menteri menerusi mesej Twitternya hari ini.
Muhyiddin juga ialah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Terengganu menjadi tumpuan susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar semalam, selain turut mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas bagi kerusi Kijal.
Turut mengikut jejak Ahmad ialah Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
Berikutan perkembangan terbaharu itu, BN kini mempunyai 14 daripada 32 kerusi Dun Terengganu, Pas (14), PKR (1) dan Bebas (3).
Berikutan peletakan jawatan Ahmad, Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, semalam. - Bernama

0 comments: