Thursday 15 May 2014

Masihkah Ada Cinta 2

Posted by Unknown  |  at  06:27 No comments

Masihkah Ada Cinta 2





Sinopsis Masihkah Ada Cinta. Kisah bermula apabila Azril (Shah Iskandar) meninggalkan Tina (Nabila Huda) tanpa sempat menamatkan pengajian dan sebab yang nyata. Mujur ada rakan-rakan yang banyak memberikan semangat untuk Tina meneruskan pengajian sehingga berjaya menjadi seorang doktor. Azril merupakan lelaki dan cinta pertamanya. Sukar untuk Tina melupakan memori indah sewaktu bersama. Walaupun telah bertahun berlalu tapi parut luka masih terasa membuatkan Tina berhati-hati dalam memilih pasangan. Cintanya kini hanyalah pada kerjaya setelah kehilangan Azril dan kedua ibubapanya akibat kemalangan.

Liya (Fouziah Gous) merupakan sepupu kepada Iman. Mereka amat rapat semenjak kecil sehinggakan Pak Long berharap sangat mereka dapat disatukan apabila dewasa kelak. Iman sebenarnya tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Liya. Sikap Liya agak sosial dan sombong apabila menetap di kota. Hingga kini, Liya masih memendam perasaan pada Iman dan berharap impiannya untuk berkahwin dengan Iman menjadi kenyataan. Pak Long telah banyak berkorban untuk keluarga Datin Maimon semenjak adiknya itu kematian suami.

Liya telah menelefon ayahnya kerana tidak puas hati layanan Iman padanya semenjak kedatangan Tina. Pak Long pergi ke rumah Datin Maimon untuk menuntut janji sebelum ini iaitu bercadang untuk menyatukan Iman dan Liya apabila sampai masanya. Sekiranya terjadi apa-apa pada Liya, Pak Long tidak akan melepaskan Iman begitu saja. Dia sudah banyak berkorban untuk Iman. Apakah yang bakal berlaku selanjutnya?

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top