Malaysia hati-hati isu Laut China Selatan
KUALA LUMPUR - Malaysia sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam
sebarang tindakan berhubung isu pertikaian maritim di Laut China Selatan
bagi mengurangkan ketegangan dan memastikan keamanan dikekalkan di
rantau ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Husssein berkata dalam usaha itu, Malaysia dan negara anggota Asean lain perlu bekerjasama sebagai satu entiti yang utuh untuk memastikan keselamatan rantau terpelihara.
"Menyentuh isu perebutan kawasan di Laut China Selatan, adalah penting untuk negara-negara Asean yang terlibat meneliti semua aspek yang berkaitan, terutamanya dalam mengelakkan sebarang salah anggap.
"Adalah penting bagi kepimpinan Asean untuk memastikan tidak adalah salah anggap dalam kuasa geopolitik dan kita perlu menentukan nasib kita untuk memudahkan kita mengelak sebarang campur tangan pihak ketiga," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Laut Australia Laksamana Madya Ray Griggs di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
Lawatan rasmi tiga hari Griggs adalah sebahagian daripada hubungan diplomasi pertahanan dalam mengimbangi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Australia.
Hishammuddin berkata demikian ketiga mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pentingnya bagi pihak terlibat mengurangkan ketegangan dalam usaha mencari penyelesaian berkaitan isu pertikaian maritim di Laut China Selatan selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean di Nay Pyi Taw, Myanmar, Ahad.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Hishammuddin berkata Malaysia dilihat mampu menjadi contoh dalam perkara itu (pertikaian maritim di Laut China Selatan) melalui kepimpinan termasuk kerjasama ketenteraan dan bukan hanya melalui saluran politik semata-mata.
Mengambil contoh pertelingkahan di negara jiran dan Timur Tengah, beliau menjelaskan Asean boleh menjadi organisasi contoh kepada badan-badan lain di dunia dengan mengamalkan dasar kebersamaan.
Pada sidang media itu, Hishammuddin turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Australia berikutan komitmen negara itu terhadap pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Pesawat Boeing 777-200ER itu, yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Tujuh belas hari kemudian, pengumuman dibuat bahawa MH370 dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

About the Author
0 comments: