Wednesday 28 May 2014

Keputusan bantahan nusyuz Sari Yanti September

Posted by Unknown  |  at  06:39 No comments

Keputusan bantahan nusyuz Sari Yanti September

Sari Yanti
SUBANG - Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari menetapkan 8 September depan untuk keputusan permohonan pelakon, Sari Yanti Mohamad Nazari, 30,  terhadap bantahan awal nusyuz sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Abdul Halim Abu Samah turut membenarkan permohonan peguam plaintif (Sari Yanti), Marlina Amir Hamzah untuk memohon tarikh penyerahan afidavit jawapan dan hujahan serta afidavit balasan oleh defendan.

"Kedua- dua pihak bersetuju untuk menetapkan tarikh 18 Jun sebagai penyerahan afidavit jawapan bagi plaintif dan 11 Julai untuk afidavit balasan bagi defendan.

"Hujahan pula ditetapkan pada 11 Ogos secara serentak," katanya.

Menurutnya, penyerahan dokumen tersebut dilakukan di kaunter mahkamah.

Sebelum ini, pelakon tersebut menerusi peguamnya, Marlina telah memfailkan permohonan bantahan awal nusyuz yang difailkan oleh suaminya, Edy Casmady, 34, pada 7 Mac lepas.

Ia adalah susulan kepada tindakan Sari Yanti memfailkan permohonan cerai terhadap di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, 25 Februari lalu.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 16 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki, iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top