• Hudud
1 / 2
GEORGETOWN - Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai mengecam dakwaan seorang calon PRK Bukit Gelugor bahawa Lim Guan Eng secara sulit menyokong penuh pelaksanaan hudud di Kelantan.

Wong berkata, kenyataan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar itu adalah pembohongan semata-mata dan berniat jahat.

Beliau tidak dapat membuktikan kenyataan itu yang dibuat semalam, kata Wong.

Pencalonannya perlu ditolak pengundi kawasan Parlimen Bukit Gelugor, kata Wong yang juga pengerusi DAP Bukit Gelugor.

"Ketua menteri Lim Guan Eng telah menyatakan atas kapasiti beliau sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP bahawa beliau tidak menyokong pembentangan rang undang-undang di Parlimen bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Lim Guan Eng turut menyatakan hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau Pinang.

"Kenyataan itu telah dilaporkan oleh media massa," kata Wong dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama