Friday 4 April 2014

Romi Cinta Julia Episod 6

Posted by Unknown  |  at  03:08 No comments


Romi Cinta Julia Episod 6









Sinopsis:

Julia (20 tahun) merupakan anak bongsu kepada pasangan Malik dan Sabariah. Dia sangat manja dan mahu orang di sekelilingnya mengikut segala kemahuannya. Julia yang sedang belajar di salah sebuah kolej swasta sedang mabuk bercinta dengan Jeff, anak jiran tetangganya. Jeff mempengaruhi Julia untuk berhenti belajar dan mencari kerja lalu berkahwin dengannya. Orang tua Julia sungguh kecewa dan tidak merestui hubungannya dengan Jeff yang dianggap memberi pengaruh buruk untuk masa depannya.

Malik dan Sabariah kemudiannya bercadang untuk menjodohkan Julia dengan Romi Suffian (27 tahun), anak dari kenalan lama mereka yang sudah berhijrah dan menetap di Australia. Romi dipertanggungjawabkan oleh ibu bapanya untuk menguruskan sebuah syarikat penerbitan buku di sini. Romi sendiri sedang dalam proses mencari material untuk menulis satu buku bertajuk “Wanita Solehah: Liku untuk ke jalannya”.

Romi bersetuju dinikahkan dengan Julia. Walaubagaimanapun, Julia menolak sekeras-kerasnya kerana begitu mencintai Jeff. Disebabkan itu, orang tua Julia telah meletakkan Julia di rumah kakaknya di daerah lain bagi mengelakkannya dari bertemu dengan Jeff. Namun, Julia dan Jeff terus mengatur strategi untuk lari dari kepungan itu. Secara rahsia, Jeff menghasut Julia untuk turun dari biliknya di tingkat empat apartment kakaknya dengan menggunakan kain yang diikat bersambung-sambung dan dijadikan tali. Julia nekad walaupun ia mengundang risiko. Apalagi setelah dia melihat Jeff menunggunya di bawah.

Ketika turun, kain yang diikat itu terputus kerana tidak mampumenampung berat badannya. Julia terjatuh dan cedera parah manakala Jeff yang ketakutan melarikan diri. Julia segera dikejarkan ke hospital dan dibedah kerana kecederaan pada tulangnya.

Sejak itu, hidup Julia dirundung malang. Dia kesal kerana Jeff terus menghilangkan diri walaupun dia begitu merindui kehadiran Jeff. Romi pula dengan beraninya mengambil tanggungjawab untuk menikahi Julia walaupun dalam keadaanJulia yang masih tidak boleh bergerak. Akhirnya, Romi dan Julia bernikah. Namun, Julia tidak begitu redha menerima Romi.

Semenjak itu, Romi mengambil alih tugas menjaga Julia. Dia berusaha dengan cara rawatan moden dan tradisional bagi mempercepatkan proses pemulihan Julia. Harapan Romi cuma satu,agar Julia sembuh secepat mungkin. Dalam diam, Julia mulai tersentuh dengan budi baik suaminya itu. Romi tetap sabar walaupun Julia gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Di samping itu, Romi terus menyiapkan bukunya dengan mengambil Julia sebagai ‘role’ ceritanya sehinggalah Julia pulihJulia mulai menjalani kehidupan sebagai isteri Romi.

Namun, kasih Julia tidak cukup kuat untuk Romi. Jeff muncul kembali menagih cintanya. Jeff merayu Julia memaafkannya dengan alasan yang cukup kukuh. Mana mungkin Julia melupakan cinta pertamanya semudah itu. Kalau dulu, Julia nekad meninggalkan keluarganya, mengapa tidak kini? Romi hanya suami yang muncul selepas hujan lebat.

Bagaimana? Menarik bukan? Saksikan drama Romi Cinta Julia mulai 27/2/14 di Lestary TV3.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top