Wednesday 9 April 2014

Kim Jong-Un dipilih semula ketuai Korea Utara

Posted by Unknown  |  at  07:35 No comments


Kim Jong-Un dipilih semula ketuai Korea Utara

 

Kim Jong-Un dipilih semula ketuai Korea Utara


SEOUL: Kim Jong-Un dipilih semua sebagai pemimpin Korea Utara selepas Parlimen bersidang hari ini.

Parlimen baharu itu juga memilih semula anggota Suruhanjaya Pertahanan Negara (NDC), Choi Ryong-Hae sebagai salah seorang daripada tiga naib presiden kerajaan yang terdiri daripada pemimpin teratas tentera paling berkuasa itu.

 Kim Yong-Nam pula kekal sebagai ketua negara sementara selepas beliau dipilih sebagai pengerusi Jawatankuasa Parlimen.


Korea Utara tidak mempunyai Presiden kerana datuk kepada Jong-Un, Kim Il-Sung, yang meninggal dunia pada 1994, mengisytiharkan beliau sebagai 'presiden kekal'.

Parlimen yang dikenali sebagai Perhimpunan Tertinggi Rakyat juga merombak Kabinet, pendakwa raya dan Mahkamah Tinggi, demikian menurut agensi berita rasmi Korea Utara (KCNA).

Bekas duta ke Switzerland, Ri Su-Yong dilantik sebagai Menteri Luar yang baharu menggantikan Pak Ui-Chun, manakala Perdana Menteri, Pak Pong-Ju kekal. - AFP

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top