Wednesday 9 April 2014

Drama Jiwa Episod 9

Posted by Unknown  |  at  07:05 No comments

 Drama Jiwa Episod 9




Sinopsis
‘Jiwa’ mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.

Oleh kerana sikap Alif yang sering mengutamakan Jiwa, Iskandar mula merindukan kasih sayang seorang ayah dan mula membenci Jiwa. Maka, Jiwa selalu sahaja dipukul dalam senyap oleh Iskandar, dia merasakan yang Jiwa merupakan punca Alif sentiasa memukulnya. Iskandar sering mengintai dari jauh melihat layanan baik Alif terhadap Zulaika dan Jiwa.
Iskandar dan Jiwa bersahabat dengan Fara (Siti Elizad), rakan baru yang sering menumpang di rumah mereka. Fara mempunyai perwatakan lelaki, kasar dan lasak. Ini membuatkan dia lebih rapat dengan Iskandar. Namun, pada masa yang sama, Fara sentiasa menjadi pelindung kepada Jiwa apabila dia dibuli.

Zulaikha menjadi risau dan meminta Alif mengurangkan latihan Jiwa kerana minat Jiwa lebih terarah kepada buku. Alif berkeras yang Jiwa harus menjalani latihan itu. Mereka dikerah memasuki pertandingan demi pertandingan dan ternyata Iskandar lebih jaguh daripada Jiwa.
Apabila semakin meningkat dewasa, hubungan Iskandar dan Jiwa kian renggang. Iskandar kini merupakan kutu jalanan kampung bersama dua rakan baiknya, Peca dan Zul. Bersama-sama Fara, mereka sering melakukan aktiviti nakal di kampung. Hubungan Iskandar dan Fara semakin rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Jiwa yang turut menyukai Fara hanya mampu memendam rasa. Hubungannya dengan Fara cuma sebagai kawan rapat.

Pada masa yang sama, Alif tidak menyenangi keakraban anak-anaknya dengan Fara. Ini kerana ibu Fara, Suri merupakan seorang perempuan kelab. Sementara itu, hubungan Fara dan Iskandar menghadapi masalah apabila Fara mula menyedari sifat ganas Iskandar. Fara membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Iskandar berasa kecewa dan cemburu melihat Jiwa berkawan rapat dengan Fara.

Masturi mati di hospital. Alif ditangkap polis dan disabitkan kesalahan membunuh secara tidak sengaja dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun. Iskandar bersumpah tidak akan memaafkan perbuatan Alif. Dia turut menyalahkan Jiwa atas kematian Mastura dan memutuskan hubungan mereka adik-beradik. Sejak itu, Iskandar dan Jiwa telah membawa haluan mereka masing-masing.

Jiwa berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan sementara Iskandar semakin hanyut dalam dunia samseng. Hubungan Fara dan Jiwa semakin serius. Jiwa memberitahu Zulaikha niatnya untuk memperisterikan Fara. Zulaikha terkejut dengan keputusan Jiwa. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Saksikan drama siri ‘Jiwa’ di slot Aksi menampilkan Kamal Adli, Remy Ishak dan Faizal Hussein mulai 5 Februari 2014 pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3!

Tags: ,

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top