Thursday 10 April 2014

Anugerah Terindah Episod 8

Posted by Unknown  |  at  17:20 No comments

Anugerah Terindah Episod 8








SINOPSIS
ANUGERAH TERINDAH mengisahkan tentang Amar, lakonan Fezrul Khan, yang mempunyai sikap dingin dan hanya komited pada kerjayanya sahaja. Amar juga tidak mempercayai wanita setelah gagal dalam membina rumah tangga. Berbeza dengan adiknya, Amir (Syafiq Kyle) yang lebih mesra dan sering keluar berfoya-foya sehingga mengabaikan kerja di pejabat. Perbezaan sikap mereka berdua itu membuatkan mereka sering bertikam lidah. Ayah mereka, Dato’Rahman (Omar Abdullah) menasihati anak-anaknya agar berbaik namun Amar dan Amir tidak mengendahkannya.

Di pejabat, Dato’ Rahman mempunyai seorang setiausaha bernama Riana (Sari Yanti). Amar tidak menyukai Riana dan selalu mencari kesalahan Riana. Namun, mengenangkan akan Dato’ Rahman yang amat baik pada keluarga Riana, gadis itu terus bersabar dengan sikap Amar.

Sementara itu, Amir cuba membuktikan bahawa dia juga boleh membuat keputusan yang bijak seperti Amar. Jadi, Amir menghasut ayahnya untuk membeli sebuah syarikat yang telah dijual oleh seorang ahli perniagaan. Melihat kesungguhan Amir, Dato’ Rahman memberi peluang dan meletakkan kepercayaannya pada Amir lalu bersetuju membeli syarikat itu.

Sejak iu, Amar sering melepaskan perasaan marah dan bencinya pada Riana. Amir sentiasa mempertahankan Riana dan menceriakan gadis itu. Amar bertambah geram apabila Dato’ Rahman mengarahkan Riana untuk tinggal bersama mereka demi menjaga Rita. Dalam diam Amar sebenarnya cemburu melihat kemesraan di antara Dato’ Rahman, Amir, Rita dan Riana.

Sementara itu, Normah (Liza Shadan) yang merupakan sahabat baik kepada Dato’ Rahman dan arwah isteri pertamanya muncul dengan niat untuk mengusai kemewahan keluarga Dato’ Rahman. Normah turut menyuruh anaknya, Zara (Adrina) menggoda Amar. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjauhkan Riana dari Amar dan Amir.

Ketika Riana jatuh sakit, Amir menjadi tidak keruan dan segera pergi ke rumah Riana. Keadaan Riana yang tidak sihat itu bukan sahaja membuat Amir seorang yang susah hati malah Amar juga turut dalam kegelisahan. Ketika Amar muncul di rumah Riana, dia melihat Amir sedang menyuapkan makanan pada Riana dalam keadaan mesra. Amir sengaja mengambil peluang itu untuk mempamerkan aksi mesra dan manja bersama Riana di depan abangnya.

Amar yang merasakan tiada harapan untuk bersama dengan Riana, akhirnya terpedaya dengan godaan Zara. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Zara berjaya memikat Amar? Adakah selama ini Amir sememangnya menyintai Riana? Atau Amar akan menurunkan ego demi cintanya pada Riana? Siapakah yang bertakhta di hari Riana?

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top