Sunday 9 February 2014

Wanita cedera rempuh bank

Posted by Unknown  |  at  20:33 No comments

Wanita cedera rempuh bank


Melaka: Seorang wanita cedera selepas kereta dipandu terbabas sebelum melanggar dinding kaca sebuah bank di Jalan Merdeka, Melaka Raya di sini, pagi tadi.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu Nissan Sunny dipandu mangsa berusia 48 tahun dari arah Ujong Pasir ke arah Bandar Hilir dipercayai hilang kawalan ke kanan jalan sebelum melanggar tiang lampu.
Kenderaan itu kemudian terbabas melanggar dinding kaca sebuah bank sebelum terhenti.
  
Difahamkan mangsa yang cedera ringan selepas terhentak pada stereng dibantu orang ramai yang melihat kejadian.
Foto
Kenderaan ini terbabas selepas hilang kawalan merempuh dinding kaca sebuah bank.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top