Wednesday 12 February 2014

Sturridge buat Fulham gigit jari

Posted by Unknown  |  at  18:59 No comments

Sturridge buat Fulham gigit jari


JARINGAN penyamaan Daniel Sturridge memadamkan kekecewaan seketika akibat gol sendiri oleh Kolo Toure pada awal perlawanan sekali gus menyuntik semangat barisan Liverpool untuk mencuri tiga mata apabila menang 3-2, ketika menentang Fulham, di Craven Cottage, awal pagi tadi.
Sturridge yang menerima hantaran lengkok kapten Steven Gerrad menolak masuk gol penyamaan di celah pertahanan lawan sebelum menewaskan penjaga Fulham, Maarten Stekelenburg, ketika babak pertama hanya berbaki empat minit. 
Ketika Liverpool meneruskan penguasaan dan asakan ke kubu lawan, barisan pelawat dikejutkan dengan gol Fulham yang dihasilkan menerusi Kieran Richardson pada minit ke-63 untuk menjadikan kedudukan 2-1 buat tuan rumah.

Bagaimanapun, larian solo oleh Phillipe Coutinho berjaya membuahkan gol penyamaan buat Liverpool apabila rembatan penyerang Brazil itu gagal ditampan Stekelenburg pada minit ke-72.

Liverpool memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti oleh Gerrard pada minit ke-90, selepas Sturridge dijatuhkan oleh pertahanan Fulham, Reither.

Liverpool kini memiliki 53 mata untuk kekal ditangga keempat daripada enam perlawanan manakala Fulham yang berada di tangga terbawah liga memperoleh 21 mata.

Arsenal yang menerima kunjungan Manchester United gagal untuk menggunakan peluang tempat sendiri apabila hanya seri 0-0 dalam pertemuan itu.


KEPUTUSAN

Fulham 2-3 Liverpool

Stoke City 1-1 Swansea City

Arsenal 0-0 Man United

Newcastle 0-4 Tottenham

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top