Drama Jika Itu Takdirku Episod 3
Sinopsis Jika Itu Takdirku (Slot Akasia)
Jika Itu Takdirku menceritakan tentang Hakimi (Shah Iskandar)
yang menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya enam tahun yang
lepas. Hakimi rapat dengan Dr. Hamza (Arash Mohd) yang merawatnya. Suatu
hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya, Hakimi
tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang
juga seorang doktor. Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan
tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk
melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima
baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana
hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan
sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya
mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu
juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu
hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.
Akhirnya, Umairah setuju sebab dia masih lagi menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya. Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.
Hakimi rayu Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk
menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga
meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan
memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus
terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal
yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah
mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.
Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas
teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan
berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi
dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama
yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?
Lakonan: Shah Iskandra, Intan Ladyana, Nina Iskandar, Syukri Yahya, Azwan Kombos dan ramai lagi.
Slot Akasia
Jam 7 malam
0 comments: