Wednesday 1 January 2014

Teruskan misi tertunggak

Posted by Unknown  |  at  06:22 No comments

Teruskan misi tertunggak


Tahun Baru 2014 membuka lembaran hari ini, sekali gus membawa cerita baru kepada semua individu di seluruh dunia. Tidak terkecuali, tiga pelakon yang terpilih sebagai penghias muka depan RAP sebagai pembuka tirai 2014, Azlee Khairi Zulah Hainee, 25; Aishah Ilias, 26, dan Nur Fathia, 26, kerana ketiga-tiganya mempunyai misi tersendiri dalam hidup.
Pastinya 2013 meninggalkan kesan kepada mereka kerana landasan karier seni masing-masing berada pada titik gemilang terutamanya Azlee yang secara mendadak dikenali peminat menerusi siri popular Love You Mr Arrogant yang mencetuskan fenomena baru buat peminat.

Aishah pula dikenali menerusi filem Paku manakala Fathia sememangnya sudah mempunyai tapak kukuh dalam seni dan masih bertahan sehingga kini.

Menjelaskan situasi yang dilaluinya, Azlee yang juga bekas graduan Diploma Seni Layar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mengakui pengalaman yang ditimbanya dari bawah sedikit sebanyak memberi kelebihan kepadanya. Dia memulakan kariernya sebagai kru produksi sebelum bergelar pelakon.

“Selepas tamat belajar saya bekerja dengan pelbagai syarikat produksi seperti Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd, Astro, MS Post dan banyak lagi. Walaupun mendapat galakan daripada tenaga pengajar, Profesor Madya A Razak Mohaideen dan Aminah Rhapor, saya tak minat berlakon kerana lebih suka bekerja di belakang tabir.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top