Wednesday 1 January 2014

‘Jodoh’ Rajagobal berakhir

Posted by Unknown  |  at  06:00 No comments

‘Jodoh’ Rajagobal berakhir


Kuala Lumpur: Selepas hampir lima tahun, akhirnya Harimau Malaya bakal melalui era baru selepas kontrak ketua jurulatih Datuk K Rajagobal berakhir semalam.
Biarpun mengakhiri kariernya bersama skuad kebangsaan sejak Julai 2009 itu dengan prestasi kurang memberangsangkan sepanjang tahun ini, tidak dinafikan pengendali berusia 57 tahun itu adalah antara jurulatih tempatan terbaik yang membantu Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos serta kejuaraan pertama Piala AFF 2010.

Pada sidang media terakhirnya selaku jurulatih kebangsaan pada 2 Disember lalu, beliau hanya menyatakan mahu berehat seketika namun tidak menafikan bakal kembali melatih mana-mana pasukan jika mendapat tawaran menarik.

Perkembangan terbaru Rajagobal dikaitkan dengan salah sebuah kelab dari Liga Singapura (Liga-S) yang bersedia memberi tawaran lumayan kepadanya bagi mengendalikan kelab itu musim depan.
Foto
PEMAIN Harimau Malaya Norshahrul Idlan Talaha (kanan) dan Safee Sali (dua dari kiri) mengasak pemain Qatar pada kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, November lalu.

Namun bekas pemain Selangor itu enggan menafikan atau pun mengiyakan sejauh mana kebenaran laporan itu cuma menyatakan bahawa beliau sedang dalam proses menimbang beberapa tawaran.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top