Friday 17 January 2014

Bunyi agas ‘halimunan’

Posted by Unknown  |  at  17:30 No comments

Bunyi agas ‘halimunan’


Kuala Lumpur: “Ketika perbicaraan satu kes fasakh sedang berlangsung, tiba-tiba saya terdengar bunyi serangga seperti agas terngiang-ngiang di tepi telinga.”
Demikian kata seorang hakim syarie di sebuah negeri di Pantai Timur yang menjadi mangsa sihir dipercayai dilakukan tertuduh kes diadilinya kerana mahu keputusan memihak kepada individu itu. 
Mengimbau peristiwa yang berlaku pada 2005, beliau yang mahu dikenali sebagai Hanif, 40-an, berkata, ketika kejadian beliau menghakimi kes seorang isteri menuntut fasakh daripada suaminya untuk bercerai. 

“Dalam kes itu, si suami tidak mahu bercerai manakala isteri pula membuat tuntutan fasakh atas sebab tertentu.
Foto
WARTAWAN menemu bual Hanif.

“Ketika perbicaraan berlangsung, tiba-tiba saya terdengar bunyi serangga seperti agas di telinga kanan yang agak kuat dan jelas,” katanya.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top