Thursday, 5 December 2013

Patriotisme hidup miskin

Posted by Unknown  |  at  17:30 No comments

Patriotisme hidup miskin

Kuala Lumpur: Mereka boleh menjadi jutawan jika bersetuju menjual tanah yang diduduki, namun lima keluarga bersaudara di Kampung Tanah Jawa, Segambut, di sini, menolak tawaran itu demi mempertahankan tanah milik Melayu di tengah ibu kota.
Malangnya, semangat patriotisme itu hanya menyebabkan mereka terpinggir daripada arus pembangunan sehingga menjadi miskin dan terpaksa menerima bantuan Baitulmal
Lebih mengejutkan, sebahagian anggota keluarga terbabit hanya mencari rezeki dengan menoreh getah di tanah seluas 1.3 hektar (tiga ekar) itu yang lokasinya agak terselindung serta dikelilingi kondominium dan banglo mewah.


Hassan Awang, 45, yang menetap di situ sejak lahir berkata, biar apapun persepsi orang lain, dia dan saudaranya akan terus tabah menjalani kehidupan biarpun dalam serba kekurangan termasuk ketiadaan bekalan elektrik dan air bersih.
Foto
KEADAAN rumah penduduk di Kampung Tanah Jawa, Segambut.

“Kalau ikutkan, kami boleh saja jual tanah ini dan hidup mewah kerana ada pihak yang pernah menawarkan harga sebanyak RM15 juta untuk membeli tanah kami, tetapi kami tidak mahu jual.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top