Saturday 7 December 2013

Fuad terpantas ujian masa

Posted by Unknown  |  at  19:30 No comments

Fuad terpantas ujian masa


Shah Alam: Ahmad Fuad Baharudin mengetepikan cabaran Norizman Ismail untuk muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130 pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor, semalam.
Pelumba Faito Yamaha Motobert berkenaan merakam catatan terpantas 58.954 saat mengatasi pencabar utamanya itu yang mengekori di kedudukan kedua terpantas dengan 59.146s. Kedua-dua pelumba, Fuad dan Norizman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) masing-masing bersaing untuk merangkul gelaran juara keseluruhan selain meletakkan nama sebagai pelumba pertama yang memenangi tiga gelaran juara keseluruhan kelas CP130/Expert.
Saingan ujian masa hari pertama kejuaraan turut menyaksikan tiga rakan sepasukan Norizman, Elly Idzlianizar Ilias, Mohd Affendi Rosli dan Mohd Fitri Ashraf Razali melengkapkan senarai lima pelumba terpantas ujian masa CP130.

“Saya tidak menyangka dapat mencatat masa terpantas memandangkan saya masih belum begitu serasi dengan jentera terutama disebabkan faktor cuaca yang berbeza-beza,” jelas Fuad yang kini mendahului senarai keseluruhan dengan 128 mata, satu mata mengatasi Norizman di tangga kedua.
Foto
Fuad Baharudin

“Kami masih gagal untuk mendapatkan pelarasan terbaik. Keadaan jentera saya begitu baik ketika memasuki selekoh namun tidak cukup laju sewaktu di laluan lurus. Kami akan cuba mengatasi masalah tersebut menjelang saingan Superpole dan perlumbaan akhir nanti.”

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top