Monday 30 December 2013

Eto'o, Hazard penyelamat Chelsea

Posted by Unknown  |  at  00:15 No comments

Eto'o, Hazard penyelamat Chelsea


CHELSEA terus menghangatkan saingan di Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-1 ke atas Liverpool di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Gol menerusi Eden Hazard dan Samuel Eto'o pada separuh masa pertama menyaksikan Chelsea mengalahkan Liverpool yang pada mulanya mendahului perlawanan seawal minit keempat
Cubaan jarak dekat Martin Skrtel pada minit keempat membuka tirai jaringan tetapi Hazard berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-17.

Hantaran Oscar pula tidak disia-siakan Eto'o yang menjaringkan gold kedua Chelsea pada minit ke-34.

Pertemuan ini juga merupakan perlawanan ke-600 bagi John Terry untuk Chelasea.

Chelsea kini terletak di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris manakala kekalahan kedua berturut-turut bagi Liverpool bermakna ia ketinggalan sebanyak enam mata.

Sementara itu, Olivier Giroud memastikan Arsenal mengakhiri tahun 2013 di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 ke atas Newcastle manakala Chelse menghangatkan saingan apabila mengalahkan Liverpool 2-1 malam tadi.

Pasukan Arsene Wenger menyerahkan tempat pertama kepada Manchester City yang mengalahkan Crystal Palace, Sabtu lalu.

Namun, kemenangan Gunners 24 jam kemudian di St Jame's Park menyaksikan kedudukan utama tetap di tangan Arsenal.

Gol tunggal perlawanan itu yang juga jaringan pertama Giroud sejak 23 November mencukupi untuk memastikan kemenangan kedua berturut-turut bagi Arsenal.

Arsenal yang bermain tanpa pemain Jerman Mesut Ozil mendahului perlawanan hasil tandukan Giroud daripada sepakan percuma Theo Walcott pada minit ke-65. - Agensi

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top