Wednesday, 4 December 2013

Dugaan silih berganti

Posted by Unknown  |  at  18:30 No comments

Dugaan silih berganti

Kuala Pilah: Di sebalik kelembutan seorang wanita tersembunyi kecekalan dan ketabahan yang belum tentu mampu dipikul kaum lelaki.
Itu gambaran paling sesuai buat Dayang Lohani Awang Zain, 46, yang tabah menjaga anak perempuannya yang lumpuh sejak lapan tahun lalu di sebuah hospital di sini, sekali pun menyedari peluang anaknya pulih agak tipis.
Malah, dugaannya bukan setakat itu kerana suami Dayang Lohani menderita akibat penyakit angin ahmar dan pada masa sama dia juga perlu memantau perkembangan ibu mentua yang sakit tua, serta adik ipar yang menghidap tibi. 

Sebelum ini, Dayang Lohani juga menerima tamparan hebat apabila anak keduanya, Nurjanah yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Kayang di tempat kelahiran mereka di Kampung Sarawak Tebekang, Serian, Sarawak pada 2009.
Foto
LEHER Siti Nurul Hidayah terpaksa ditebuk untuk bantuan pernafasan.

“Biarpun berat segala dugaan yang datang bertimpa-timpa, saya pasrah dan reda. Selagi mampu saya akan tetap mengharunginya dan berdoa Allah akan terus memberi kekuatan kepada saya,” katanya.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top