Tuesday 17 December 2013

400 terjejas kampung terbakar

Posted by Unknown  |  at  01:30 No comments

400 terjejas kampung terbakar


TAWAU: Kira-kira 80 rumah papan musnah dalam kejadian kebakaran membabitkan seramai hampir 400 penduduk di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, api dikatakan bermula daripada sebuah kedai runcit yang terletak di bahagian hadapan kampung terbabit sebelum merebak ke hampir keseluruhan kampung daripada blok A hingga ke blok H kampung berkenaan.
Ketua Balai Bomb dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau Rudy Fredzek berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi dan mengerahkan tiga jentera dan tiga kenderan utiliti serta 30 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya mengambil masa hampir dua jam untuk mengawal api kebakaran daripada terus merebak ke bahagian lain dan perkampungan bersebelahan.
Foto

"Pihak bomba mengalami kesukaran untuk memadam api disebabkan kedudukan rumah yang rapat dan keadaan berangin ketik kejadian.

"Bagaimanapun, keadaan air sungai pasang banyak membantu pasukan bomba untuk memadam api,"katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihaknya.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top