Thursday 28 November 2013

Treler berapi

Posted by Unknown  |  at  19:00 No comments

Treler berapi

Kuala Lumpur: Sebuah treler membawa muatan 40 tan minyak sawit dipercayai mengalami masalah brek menyebabkan 16 tayar treler berkenaan meletup sebelum terbakar di Kilometer 3.9 Lebuhraya DUKE arah Jalan Duta, semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, treler berkenaan dalam perjalanan dari Temerloh ke Klang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 1.30 tengah hari. 

“Satu jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.

“Sebaik tiba, api sedang marak dan berlaku tumpahan minyak, namun kebakaran dikawal sepenuhnya dalam masa 30 minit. Anggota kami terpaksa menggunakan buih khas untuk memadamkan api,” katanya ketika dihubungi semalam.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top