Sunday, 3 November 2013

Perompak ditikam mangsa

Posted by Unknown  |  at  23:30 No comments

Perompak ditikam mangsa

Kuala Lumpur: Pisau makan tuan. Itulah nasib menimpa seorang penjenayah berusia 24 tahun yang cuba menyamun mangsanya dalam kejadian di Lorong Meranti, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, penjenayah terbabit maut selepas ditikam mangsanya berusia 23 tahun dalam pergelutan yang berlaku di kawasan berkenaan ketika lelaki itu (mangsa) cuba mempertahankan dirinya.Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, penjenayah terbabit yang cedera dibawa seorang rakan jenayahnya dengan dibantu saksi kejadian ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam.

Menceritakan semula kejadian itu, Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian si mati bersama dua lagi rakannya berusia lewat 20-an menahan seorang lelaki sebelum cuba menyamunnya.
Foto
TANGGA mempunyai kesan darah suspek ditikam mangsa.

“Suspek (si mati) kemudiannya mengeluarkan pisau dipercayai untuk menakutkan mangsanya selain memaksa lelaki terbabit menyerahkan barangan berharga.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top