Tuesday 5 November 2013

Kasih bertaut

Posted by Unknown  |  at  22:00 No comments

Kasih bertaut

Kota Bharu: Hari pertama tahun 1435H semalam membawa seribu erti kepada seorang wanita apabila dapat berkumpul bersama seluruh keluarga kandungnya yang berasal dari Hainan, China selepas terpisah sejak lebih 60 tahun lalu.
Roslina Ahmad, 63, dipertemukan dengan ibu kandungnya, Huang Yi Giao, 79, semalam, bersama lima adiknya, Yang Chui Qun, 61; Yang Chai Qing , 55; Yang Mie Lian, 51; Yang Jun Na, 52, dan Yang Xiao Fen, 32, di rumahnya di Paya Bemban, di sini, selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, jam 7.30 pagi kelmarin.
Dia ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan hiba bercampur gembira apabila usahanya itu membuahkan hasil atas pertolongan Pengerusi MCA Cawangan Kampung Pulai, Lew Kew sebelum ini.

“Saya rasa bagaikan mati hidup semula apabila bertemu kembali dengan ibu kandung dan lima adik yang lain selepas lebih 60 tahun.
Foto
ROSLINA (bertudung) dicium ibunya sambil dipeluk lima adik kandung lain ketika dipertemukan di rumahnya, semalam.

“Tahun lalu, saya pernah berikhtiar mencari menerusi akhbar dan ia turut disiarkan di akhbar berbahasa Cina. Lew yang terbaca turut menghulurkan bantuan.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top