Friday, 1 November 2013

Dendam terburai

Posted by Unknown  |  at  07:00 No comments

Dendam terburai

Klang: Gara-gara dendam sesama rakan senegara, seorang lelaki warga Indonesia maut dalam keadaan mengerikan dengan perutnya terburai manakala belakang badan ditikam selain terdapat kesan tangannya dipotong, semalam.
Mayat mangsa berusia 22 tahun itu ditemui di bawah Jambatan Kota, Jalan Pos Baru, di sini, oleh orang ramai yang kebetulan melalui jalan berkenaan kira-kira jam 11 pagi. Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertengkar dengan seorang lagi lelaki warga Indonesia sebelum ditikam di perut. 

Malah, lelaki berkenaan turut menikam belakang badan mangsa selain tangannya mempunyai kesan seperti dipotong menggunakan pisau.
Foto
ANGGOTA Forensik memeriksa mayat mangsa yang ditemui di bawah jambatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat orang awam.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top